Raptai penuh Istiadat Perbarisan berjalan lancar

Leftenan Kol. Alphonsus menerangkan sesuatu kepada Joachim (kiri).

KOTA KINABALU:   Cuaca yang baik hari ini membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah berjalan lancar.

Raptai yang bermula jam 7 pagi itu  mengetengahkan perbarisan oleh 80 kontinjen melibatkan lapan kategori di Padang Merdeka.

Bagi memastikan perjalanan majlis  di tahap terbaik, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr. Joachim  Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan hadir meninjau raptai tersebut.

Hadir sama, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama Izharudin Jalaludin, Ketua Keseluruhan Perbarisan Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung @ Benedect serta wakil-wakil jabatan Negeri Dan persekutuan.

Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah akan berlangsung Sabtu ini.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama