![]() |
MUSTAPHA sewaktu ditemui media di program Ziarah Kasih Madani DUN Darau di sini, hari ini. |
KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mensasarkan sebanyak 13 kerusi yang telah dikenal pasti untuk ditawarkan kepada calon muda menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud disamping menambah jumlah tersebut dijangka akan bertambah, beliau turut berkata pihaknya juga memberi jaminan untuk terus membuka ruang lebih luas kepada golongan muda.
"Sebenarnya kita memberi ruang dan peluang kepada semualah dan kita juga ingin menampilkan anak-anak muda kita untuk bersama-sama dalam pilihan raya akan datang," katanya semasa program Ziarah Kasih Madani DUN Darau di sini, hari ini.
Menurut Mustapha, pendekatan itu selaras dengan usaha PKR untuk memperkukuh barisan pelapis dan memperluas penglibatan anak muda dalam arena politik serta proses demokrasi di Sabah.
Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah kerusi berkenaan masih bersifat sementara dan akan dimuktamadkan selepas perbincangan bersama kepimpinan negeri dan pusat parti.
"Jadi dengan yang disebut antara dalam 13 set itu adalah beberapa orang nanti yang akan kita cuba tampilkan sebagai calon," ujarnya lagi.