PKR Sabah jalankan aktiviti culaan di 13 DUN tumpuan

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah giat menjalankan aktiviti culaan di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tumpuan sebelum menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata usaha terbabit bertujuan untuk menilai kekuatan parti serta tahap sokongan pengundi di kawasan strategik yang disasarkan sebelum ini.

“Kami menyasarkan 13 kawasan, tetapi seperti biasa, jumlah itu boleh bertambah. 

“Aktiviti culaan di kawasan DUN-DUN tumpuan sedang dilakukan untuk menilai tahap sokongan, dan data ini akan menjadi asas perundingan dengan parti lain yang ingin bekerjasama dengan kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah di sini, pada ahad. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa rundingan bersama ahli Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan dalam memastikan tiada pertindihan kerusi yang ditandingi, selain mencapai persefahaman dasar bagi memastikan kepentingan rakyat Sabah terus terpelihara.

Menurutnya, kerjasama antara parti utama yang lain di Sabah amat penting bagi mencapai kestabilan politik dan kemajuan negeri.

“Matlamat utama kami adalah untuk mengurangkan pertindihan kerusi dan mengelakkan pergeseran antara parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan Madani,” jelas beliau.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama