Saifuddin merupakan salah seorang dari empat penerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Turut menerima SPDK adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, ahli perniagaan Lim Yu Ming dan tokoh korporat Ahmad Fuad Md Ali.
Sementara itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang Ahli Parlimen turut tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.
Antaranya ialah ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang, ADUN Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman.
Selain itu, antara penerima darjah kebesaran PGDK adalah Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian, Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Bri Jen Jagjit Singh Indar Singh, Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim, Pengarah INTAN Sabah, Mohd Harris Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir Mohd Yaakob Jaafar.
Antara yang lain,Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman, Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Mazlan Joehari Manan.
Secara keseluruhan, seramai 78 individu menerima PGDK, 100 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kemudian diikuti 181 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).
Manakala seramai 248 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 285 orang menerima Bintang Kinabalu (BK), 109 orang menerima Perkhidmatan Terpuji dan 10 orang menerima Jaksa Pendamai.