KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menerima rasuah.
Manakala seorang ahli perniagaan turut didakwa kerana memberi suapan kepada mereka.
Kedua-dua ADUN berkenaan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Datuk Yusof Yacob, masing-masing menghadapi satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM200,000 dan RM150,000.
Suryady adalah ADUN Tanjung Batu dan Ahli Parlimen Kalabakan daripada UMNO, manakala Yusof daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Sementara itu, ahli perniagaan, Chieng Albert Tei Jiann, 37, didakwa atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada kedua-dua ADUN terbabit.
Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jason Juga.