UMNO bukan parti penjajah - Salleh

Salleh.

TAWAU: Pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan UMNO bukan parti penjajah sebaliknya sebuah parti yang lahir daripada semangat rakyat menuntut kemerdekaan dan membina negara bangsa.

Katanya, parti yang telah genap 79 tahun sejak penubuhannya itu berkata bahawa UMNO kekal relevan dan masih diyakini rakyat di seluruh negara termasuk di Sabah. 

Tambahnya, UMNO diterima di Sabah secara terbuka lebih 30 tahun lalu bagi memenuhi harapan rakyat yang mahukan kestabilan dan pembangunan menyeluruh.

“UMNO telah bertahan selama 79 tahun kerana semangat muafakat dan kekuatan akar umbi.

Di Sabah, kita mesti pastikan Balung terus menjadi contoh kekuatan jentera parti yang tidak goyah,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial Facebook rasminya.

Sementara itu, beliau turut berkata kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung merupakan antara kubu kuat Barisan Nasional (BN) di pantai Timur Sabah yang perlu terus dipertahankan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan UMNO DUN Balung yang berlangsung di Dewan Kampung Balung Cocos, di sini, pada 11 Mei.

"Banyak kemajuan telah dibawa ke kawasan ini hasil perjuangan UMNO termasuk infrastruktur asas, pendidikan, dan peluang ekonomi untuk rakyat," katanya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama