Tun Musa berangkat ke LIMA 2025

DOA...Bungsu (dua dari kiri) memimpin bacaan doa keberangkatan yang turut diaminkan oleh Tun Musa (tengah).

KOTA KINABALU:  Yang di-Pertua Negeri, Sabah Tun Musa Aman hari ini berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025).

Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 8 pagi.

Hadir mengiringi beliau ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan bacaan doa keberangkatan  dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. 

Pameran edisi ke-17 yang diterajui Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Global Exhibition and Conference Sdn.  Bhd. (GEC)  berlangsung di Langkawi, Kedah bermula 20 hingga 24 Mei.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)

 


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama