![]() |
Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah |
“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun.
“Jasa Tun kepada Sabah amat besar kepada negeri ini, terutama ketika berkhidmat sebagai penjawat awam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Tun Ahmadshah dilahirkan pada 9 Disember 1946 dan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 2003 hingga 2010.
Sebelum itu, Ahmadshah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum bersara pada Disember 2002. Allahyarham juga pernah memegang jawatan lain antaranya Pengarah Perjawatan Negeri Sabah, Ketua (Bahagian Hal Ehwal Dalaman dan Penyelidikan) Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah.
Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Inanam, di sini pada 9 Disember 1946 meninggalkan empat anak manakala isterinya, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar meninggal dunia pada 2020.
Kerajaan negeri turut mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh berkenaan.