![]() |
Ahmad Zahid. - Foto BERNAMA |
Memetik sumber Free Malaysia Today, beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri itu berkata sentimen juga tidak membawa manfaat.
Katanya, negeri Sabah merupakan sebahagian Persekutuan dan hubungan erat dengan Putrajaya adalah kunci kepada kemakmuran serta pembangunan.
“Kita mahu kerjasama antara parti di peringkat persekutuan dan negeri supaya tiada lagi sentimen ‘Sabah for Sabahan'.
Lagipun, kita semua rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Presiden UMNO itu menyatakan pihaknya akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada PRN 2020.
Menurutnya, ini termasuk kerusi yang telah dirampas atau dimanipulasi pihak tertentu, iaitu syarat sebelum rundingan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Pintu tidak ditutup dan pintu tidak dibuka seluas-luasnya supaya kita dapat kerjasama antara parti peringkat pusat dengan parti peringkat negeri supaya tidak timbul slogan Sabah for Sabahan sebab kita sebahagian Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan menerusi satu kenyataan bersama mengumumkan kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH).
Susulan itu, Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan pihaknya tidak menolak kemungkinan GRS bertanding secara solo.
Hajiji menegaskan parti tempatan Sabah seharusnya menjadi tunjang kepada kerajaan negeri kerana mereka lebih memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat negeri ini.
Sementara itu, semalam Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menyuarakan hasrat agar GRS turut serta dalam kerjasama bersama PH dan BN bagi menghadapi PRN17.