Sambutan Pesta Kaamatan untuk diraikan semua - Jeffrey

Jeffrey (kanan) semasa sidang media yang diadakan selepas rakaman rancangan radio dan TV.

KOTA KINABALU:  Sambutan Pesta Kaamatan diperluas tidak hanya dalam komuniti Kadazan Dusun Murut (KDMR), malah seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk diraikan bersama. 

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 berkata Pesta Kaamatan pada kali ini akan membuka ruang kepada semua golongan masyarakat sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu "Kaamatan Untuk Semua". 

Menurutnya, selain dari pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau, kita juga akan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan memasak, pertandingan dari segi layanan dan pertandingan kraftangan.

"Menariknya untuk kali ini, Pesta Kaamatan tidak hanya dijadikan sebagai Pesta Menuai, tetapi turut dijadikan pesta menanam di mana sebanyak tujuh jenis tanaman herba yang semakin pupus akan ditanam pada pesta tersebut. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha bagi mengelakkan spesis tanaman herba yang bernilai dan berharga daripada pupus. 

"Selain dari persembahan kebudayaan, Pesta Kaamatan kali ini dijadikan sebagai medan dialog di mana program dialog antara budaya (Intercultural Dialogue) yang akan membincangkan budaya tempatan melibatkan negara luar. 

"Dialog ini akan membincangkan bagaimana kita boleh meraikan bersama atau memahami budaya selain dari budaya kita. buat masa ini kita telah mengadakan dialog bersama Indonesia, Korea dan jiran kita Filipina," ujar beliau. 

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan ditemui media selepas rakaman rancangan bersama RTM Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi usai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Malaysia di sini, hari ini.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama