Lelaki ditemui mati tergantung

Mayat lelaki ditemui mati tergantung di atas pokok berhampiran sebuah kawasan perumahan di sini, hari ini.


TAWAU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di atas pokok di kawasan semak berhampiran sebuah kawasan perumahan di sini, hari ini.

Mayat mangsa ditemui orang awam jam 10.45 pagi sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat terbabit yang dipercayai kes bunuh diri.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR). Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tawau.

"Bagaimanapun, proses bedah siasat belum dapat dijalankan sementara menunggu kehadiran koroner yang dijadualkan pada esok," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata, Identiti mangsa serta punca kejadian masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama