![]() |
Salleh. |
Katanya, walaupun hak bagi negeri Sabah dibawah MA63 kekal sebagai isu penting yang harus diperjuangkan semua pihak namun ada yang menggunakan strategi berbeza untuk melaksanakannya sama ada cara sederhana atau lebih ekstrem.
"Pendekatan sederhana menekankan dialog, persefahaman bersama dan penggunaan saluran rasmi disamping memupuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sambil berpegang kepada prinsip serta akauntabiliti.
"Sebaliknya, pendekatan ekstrem sering bersandar kepada retorik, menyasarkan kritikan terhadap kerajaan Persekutuan dan membangkitkan sentimen awam. Walaupun kelihatan lantang, ia jarang menghasilkan keputusan yang berkekalan.
"Sejarah membuktikan bahawa banyak kemajuan bermakna berkaitan MA63 seperti pemulangan kuasa dan hasil yang dicapai melalui pendekatan diplomatik dan sederhana, bukan melalui tekanan konfrontasi semata-mata.
"Apa lebih penting, isu MA63 harus ditangani secara non-partisan. Ia bukan milik mana-mana parti politik, tetapi hak bersama semua rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan media menerusi hantaran di laman media sosial Facebook rasminya, pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan memilih jalan sederhana bukan tanda kelemahan.
Menurutnya, sebaliknya ia mencerminkan komitmen terhadap penyelesaian yang praktikal dan jangka panjang tanpa mengorbankan kestabilan politik dan keharmonian sosial.
"Dalam sistem Persekutuan, keupayaan untuk berunding, mencari titik persefahaman dan membina kepercayaan bersama jauh lebih berkesan daripada memutuskan hubungan atau menimbulkan perpecahan.
"Oleh itu, pendekatan sederhana kekal sebagai jalan yang paling praktikal, bertanggungjawab dan berkesan dengan potensi paling besar untuk membawa manfaat yang sebenar dan berkekalan kepada rakyat Sabah," katanya.