Katanya, disamping mengharapkan kerjasama antara PH,BN dan GRS menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) ini, beliau berkata sebarang kata putus harus datang daripada kepimpinan GRS.
“Bagi pihak PH, saya tetap optimis mengenai kemungkinan kesepakatan antara PH, BN, dan GRS, berdasarkan pertemuan berasingan saya dengan BN dan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor. Namun, terpulang kepada mereka Keputusan yang diambil di Sabah akan menentukan hala tuju PH, khususnya PH Sabah.
"Oleh itu, perbincangan antara GRS dan BN sebaiknya diserahkan kepada GRS. Apa yang paling penting untuk kita ialah Sabah mencari penyelesaian yang stabil dan boleh dilaksanakan dalam kerjasama dengan kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata ketika ditemui media seleas sesi mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PKR Sabah bertempat di Lapangan Terbang Tawau, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau GRS, PH dan BN berpotensi untuk menjalin kerjasama dalam menghadapi PRN17, beliau berkata pihaknya hanya boleh bercakap bagi pihak PH.
"Saya juga melihat sikap Hajiji ini sangat positif, sedangkan kita juga telah berbincang dengan PH dan mereka berpendapat perkara yang sama. Selebihnya, saya serahkan kepada mereka," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan menerusi kenyataan bersama Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan BN dan PH sepakat untuk menjalin kerjasama dalam PRN17 Sabah.
Susulan itu, Hajiji selaku Pengerusi GRS berkata pihaknya bersedia untuk bertanding secara solo sekiranya dan PH Sabah sudah memuktamadkan keputusan untuk bekerjasama.