![]() |
Hajiji menandatangani plak perasmian. |
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.3 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf Pelabuhan Kota Kinabalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merupakan ekosistem Borneo yang saling memperkukuhkan diantara satu sama lain.
“Kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang diadakan dengan teliti dengan semangat kebersamaan demi kesejahteraan rakyat dua wilayah di kepulauan Borneo ini.
“Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membaik pulih dan menaik taraf jeti pelabuhan Kota Kinabalu menjadi tanda komitmen kerajaan dalam memastikan jurang infrastruktur tidak menjadi penghalang kepada kelancaran rakyat.
“Kini masa perjalanan antara Kota Kinabalu dan Labuan akan dapat dikurangkan kepada sekitar tiga jam” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Perkhidmatan Feri Kota Kinabalu - Labuan.
Tambah beliau pada tahun 2024 merekodkan lebih 400 ribu perjalanan direkodkan melalui laluan laut antara Labuan dan Sabah meliputi kawasan Menumbuk dan Sipitang merangkumi pelbagai tujuan.
“Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja merekodkan 145 ribu perjalanan direkodkan dan dijangkakan dengan pelancaran laluan ini, unjuran keseluruhan dijangkakan meningkat sehingga 500 ribu.
“Dengan peningkatan ini, akan menghidupkan kembali ekonomi pesisir khususnya dalam sektor makanan, pengangkutan, penginapan dan peruncitan merentas dua lokasi strategik ini," jelas beliau.
Dalam ucapan Zaliha juga berkata kerjasama strategik Persekutuan - Negeri Sabah adalah contoh kejayaan tata kelola dua hala berpaksikan keperluan rakyat.
“Inilah wajah prinsip MADANI yang bukan sahaja merangka dasar tetapi memastikan dadar tersebut turun menyentuh nadi rakyat.
“Kerjasama ini juga menunjukkan apabila kita bersatu dalam tekad, berani dalam membuat keputusan dan telus dalam pelaksanaannya maka hasilnya akan mengubah pola kehidupan rakyat," ujar beliau.
Beliau juga berharap kerjasama ini bukanlah titik pengakhiran bahkan menjadi titik permulaan kepada integrasi ekonomi yang lebih inklusif dan terancang di antara dua wilayah Borneo.
“Ini membuktikan Sabah dan Labuan serta seluruh wilayah timur tidak pernah di pinggiran pemikiran radar negara sebaliknya sentiasa berada dalam radar tindakan strategik,” kata beliau.
Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Pelabuhan Kota Kinabalu, hari ini.
Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmy Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)