![]() |
Operasi bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kota Kinabalu itu membawa kepada rampasan lebih 78,500 liter minyak diesel serta penahanan 11 individu tempatan berumur antara 20 hingga 50-an dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM13 juta.
Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 ACP Mohd Nazri Ibrahim, kejayaan operasi ini membuktikan komitmen serius PPM dalam membanteras penyelewengan barang subsidi dan penyeludupan rentas sempadan yang merugikan negara.
“Sejak Januari hingga kini, kami telah membuka 60 kertas siasatan melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM28.6 juta dengan 85 individu ditahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerjasama strategik dengan agensi berkaitan, tambah beliau, turut memperkukuhkan risikan dan pelaksanaan operasi di lapangan.
Selain penyeludupan diesel, PPM turut memfokuskan pemantauan terhadap barangan bersubsidi lain seperti minyak masak, gula dan tong gas, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau yang berhampiran sempadan negara jiran.
Orang ramai diseru menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui Bilik Gerakan PPM Wilayah 4 Sabah di talian 088-454820 atau laman rasmi Facebook PPM Wilayah 4.