MPWS fokus kepada tiga aspek uama - MPWS

Rosmawati (tengah, depan) bersama AJK MPWS.


KOTA KINABALU:   Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu pendidikan, keusahawanan dan kepimpinan.

Pengerusinya, Datuk Rosmawati Lasuki berkata pihaknya akan terus berganding bahu dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan pengamal media bagi merealisasikan impian kerajaan untuk memperkasakan golongan hawa sebagai penyumbang kepada pembangunan negeri termasuk mencapai 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan. 

"Di Sabah, kita telah melihat sumbangan wanita dalam pelbagai sektor seperti perusahaan, pentadbiran, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. 

"Namun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dan seluruh ahli MPWS akan meneliti isu-isu berbangkit serta merangka penyelesaian yang relevan dan bermanfaat.

"Majlis pada hari ini diperlukan sebagai satu platform bagi mengeratkan hubungan antara MPWS, JHEWA dan media dan ia adalah langkah strategik kami," katanya ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea JHEWA dan MPWS Bersama Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama Pengarah JHEWA Haslina Ismail serta ahli-ahli jawatankuasa induk dan jawatankuasa kecil MPWS. 

Rosmawati yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SICC dilantik sebagai Pengerusi MPWS bersama barisan ahli MPWS yang baharu iaitu Datin Fauziah Abu Bakar Titingan, Jais Asri, Prof Dr Imbarine Bujang, Dayang Selha Ibrahim, Nor Azah Abd Rahman, Viviantie Sarjuni,  Nor Saadah Omar dan Datin Atin Belynda Buntot pada 5 Mei lalu.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama