Literasi digital penting bendung buli siber

TAKLIMAT... Inspektor Mohd Hamiz ketika menyampaikan taklimat berkaitan dengan Buli Siber.


KENINGAU:  Pelajar diseru agar menerapkan literasi digital dan bersikap berhemah dalam penggunaan teknologi siber.

Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Johari @ Jaibet Sabin berkata usaha itu penting dalam mengekang gejala buli siber yang kian membimbangkan dalam kalangan pelajar masa kini seiring dengan inisiatif kerajaan menerusi Kempen Internet Selamat serta sokongan psikososial kepada mangsa buli siber.

"Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan bagi menangani isu buli siber," katanya ketika merasmikan Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku SMK Apin-Apin di Dewan Datuk Anthony Undan di sini, pada Rabu.

Johari berkata, Malaysia kini berada di kedudukan kelima dunia dalam kes buli siber sekali gus menyifatkannya sebagai satu ancaman serius terhadap perpaduan kaum dan keharmonian sosial sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Buli siber bukan sahaja memberi kesan kepada mental pelajar, malah boleh mencetus ketegangan kaum apabila melibatkan sensitiviti," katanya.

Beliau turut menegaskan keperluan memperkukuh pendidikan etika dan moral serta menyokong penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti sekolah dan agensi berkaitan bagi menangani isu tersebut secara bersepadu.

Menurutnya, program berteraskan perpaduan seperti ini perlu dimantapkan dari semasa ke semasa kerana ia bukan sahaja menyemai semangat cintakan negara, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri pelajar sejajar dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.  

Beliau turut menyeru pelajar supaya memanfaatkan platform maya secara positif dengan menyebarkan maklumat yang bermanfaat serta membudayakan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kelab Malaysiaku SMK Apin-Apin itu diserikan dengan pelbagai pengisian termasuk pameran agensi, ceramah keselamatan digital oleh MCMC serta persembahan hiburan bermaklumat oleh kumpulan PENTARAMA JAPEN Negeri Sabah dan seramai lebih 1,000 warga sekolah melibatkan guru dan pelajar menyertai program berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor; Pengarah SKMM Cawangan Keningau Heldora Hong; Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Keningau Inspektor Mohd Hamiz Azri Omar; wakil AADK Keningau Mohd Sazaki Mohd Zin; KPDN Keningau Zaidi Asib serta Pegawai KWSP Keningau Abdul Hariz Abdul Gani./Penerangan-

Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Johari @ Jaibet Sabin turut menyeru pelajar agar menerapkan literasi digital dan bersikap berhemah dalam penggunaan teknologi seiring dengan inisiatif kerajaan menerusi Kempen Internet Selamat serta sokongan psikososial kepada mangsa buli.  

"Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan bagi menangani isu buli siber," katanya ketika merasmikan Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku SMK Apin-Apin di Dewan Datuk Anthony Undan di sini, pada Rabu.

Johari berkata, Malaysia kini berada di kedudukan kelima dunia dalam kes buli siber sekali gus menyifatkannya sebagai satu ancaman serius terhadap perpaduan kaum dan keharmonian sosial sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Buli siber bukan sahaja memberi kesan kepada mental pelajar, malah boleh mencetus ketegangan kaum apabila melibatkan sensitiviti," katanya. 

Beliau turut menegaskan keperluan memperkukuh pendidikan etika dan moral serta menyokong penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti sekolah dan agensi berkaitan bagi menangani isu tersebut secara bersepadu.

Menurutnya, program berteraskan perpaduan seperti ini perlu dimantapkan dari semasa ke semasa kerana ia bukan sahaja menyemai semangat cintakan negara, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri pelajar sejajar dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.  

Beliau turut menyeru pelajar supaya memanfaatkan platform maya secara positif dengan menyebarkan maklumat yang bermanfaat serta membudayakan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kelab Malaysiaku SMK Apin-Apin itu diserikan dengan pelbagai pengisian termasuk pameran agensi, ceramah keselamatan digital oleh MCMC serta persembahan hiburan bermaklumat oleh kumpulan PENTARAMA JAPEN Negeri Sabah dan seramai lebih 1,000 warga sekolah melibatkan guru dan pelajar menyertai program berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor; Pengarah SKMM Cawangan Keningau Heldora Hong; Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Keningau Inspektor Mohd Hamiz Azri Omar; wakil AADK Keningau Mohd Sazaki Mohd Zin; KPDN Keningau Zaidi Asib serta Pegawai KWSP Keningau Abdul Hariz Abdul Gani.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama