![]() |
Foto ihsan IPD Penampang |
Hasil pemeriksaan ke atas saspek, polis telah menjumpai dua (2) paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 5.40 gram yang dianggarkan bernilai RM800.00 dalam simpanan saspek.
Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan penjara tidak kurang dua tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah agar boleh berhubung lanjut di Balai Polis yang berhampiran.