![]() |
Ewon ketika ditemui media. |
TAWAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan nilai jualan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebanyak RM1 juta dan padanan niaga RM1.5 juta dalam Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Sabah.
Menterinya, Datuk Ewon Benedict berkata program yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat itu disertai seramai 158 usahawan.
"Untuk PMR di Tawau yang sedang berlangsung ini, kita sasarkan RM1.5 juta padanan niaga dan RM1 juta jualan oleh koperasi, usahawan-usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI),” katanya kepada media dalam PMR hari kedua di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, kelmarin.
Selepas itu, Ewon turut meninjau operasi Pusat Media PMR 2025 Sabah yang menempatkan kira-kira 100 petugas media tempatan yang membuat liputan sepanjang tempoh program tersebut.