BN, PH sah jalin kerjasama hadapi PRN Sabah

 

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Kerjasama itu diputuskan hasil mesyuarat antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan semalam.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut kenyataan itu, bentuk kerjasama termasuk rundingan pengagihan kerusi serta perbincangan dengan parti-parti lain akan diperhalusi oleh pimpinan PH dan BN di peringkat negeri.

“Segala keputusan akhir akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua gabungan,” menurut kenyataan berkenaan.

Katanya, kerjasama ini dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan strategi gabungan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan di Sabah.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama