Terima kasih atas pengakuan, kata Azlinah kepada Sarifuddin

 ADUN Merotai (kiri) dan ADUN Kunak (kanan).

KOTA KINABALU: 'Terima kasih atas pengakuan' kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif atas pengakuan secara langsung berkaitan insiden 'ditumbuk bahu' sehingga tular di laman media sosial kepada ADUN Merotai, Sarifuddin Hata.

Dalam persidangan DUN Sabah semalam, Norazlinah ketika berbahas telah mengungkit isu yang terjadi pada dirinya ketika persidangan di sini, tahun lepas itu telah membangkitkan pelbagai reaksi daripada beberapa orang ADUN.

Antara ADUN yang terlibat adalah ADUN Tungku, Assafal P Alian, ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ADUN Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir sebelum Sarifuddin bersuara mengenainya.

Ia bermula apabila Assafal yang mendakwa ia merupakan sangkaan jahat sebelum Bung Moktar berdiri dan meminta Azlinah untuk mengemukakan bukti berbentuk laporan polis dan laporan kesihatan.

Kemudian, ia disusuli oleh Suhaimi yang merujuk peraturan DUN Sabah dan menyatakan dakwaan Azlinah adalah merupakan sangkaan jahat.

Selepas Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya memutuskan agar Norazlinah mengemukakan aduan berhubung insiden terbabit mengikut peraturan tetap DUN, Sarifuddin berdiri bagi menyatakan penjelasan.

Walaupun Norazlinah mengatakan beliau tidak memetik mana-mana nama namun Sarifuddin secara langsung berkata beliau mendakwa beliau menyedari isu diungkit itu merujuk kepadanya.

"Saya saturang (seorang) saja yang tumbuk," katanya disamping turut menyatakan beliau juga telah dihubungi pihak polis dan menunggu perkara terbabit dibawa ke mahkamah.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama