![]() |
Bung. |
KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin pihaknya tidak terkesan dengan sebarang sentimen berkaitan parti tempatan yang dilontarkan menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) ini.
Sebaliknya, beliau menjelaskan pihaknya lebih bersedia khususnya dari aspek persiapan jentera parti dalam PRN17 kelak.
"Dia (parti tempatan) akan timbul apabila pilihan raya sudah dekat tetapi realitinya selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) 2020, BN-UMNO tidak ada persiapan (ketika itu) pun kita menang 14 kerusi.
"Kita telah buat terbaik untuk segalanya, terbaik antara semua terbaik, kita siapkan semua jentera kita jadi saya fikir tidak ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Sabah itu turut mengakui situasi landskap politik masa kini menyukarkan untuk sesebuah parti tunggal untuk menerajui pentadbiran sesebuah negara atau negeri.
"Jadi dengan kata lain, semua pemimpin parti harus bijak memandang ke hadapan bagaimana mahu menjadikan partinya relevan untuk semua rakyat," katanya.
Disamping itu, beliau juga mengakui kemungkinan untuk membentuk sebuah gabungan politik sekiranya memenangi PRN17.
"Kerana itu kita memilih BN dan PH kerana kita perlu melindungi kerajaan Persekutuan," katanya.