Lima rumah atas air, dua bot hangus terbakar di Semporna

 


SEMPORNA: Lima rumah atas air hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Balimbang Berjasa, Pulau Bum-Bum, di sini pagi tadi. 

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada jam 11.37 pagi. 

Katanya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi memadam kebakaran. 

"Setibanya di lokasi mendapati beberapa rumah atas air sudah musnah terbakar dan usaha memadam terus dijalankan. 

“Pasukan bomba menggunakan dua pam angkut untuk digunakan mengambil air laut dalam operasi tersebut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 12.20 tengah hari dan semua mangsa selamat keluar menyelamat diri. 

"Hasil siasatan awal, sebanyak lima buah rumah atas air dan dua buat bot musnah dalam kejadian itu. 

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 2.16 petang," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama