RUU Baja Pertanian 2025 dilulus DUN Sabah hari ini

Hajiji mendengar perbahasan ADUN dengan teliti.

KOTA KINABALU:  Rang Undang-undang (RUU) Baja Pertanian 2025 hari ini diluluskan dalam Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang keenam belas.

RUU yang dibentang oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan itu diluluskan selepas bacaan ketiga yang dikendalikan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya.

Sidang dewan hari ini turut meluluskan pindaan terhadap tiga lagi RUU iaitu Enakmen Hutan 1968 (Pindaan) 2025 yang dibentang oleh ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, manakala 

RUU Enakmen Tanah (Pindaan) 2025 dan RUU Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025 masing-masing masing-masing dibentang oleh ADUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Joachim Gunsalam selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Setelah lima hari bersidang, Kadzim menangguhkan mesyuarat tersebut pada jam 4:04 petang.


(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama