10 Kementerian lengkapkan penggulungan perbahasan

Hajiji ketika membuat penggulungan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri.

KOTA KINABALU:  Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang Keenam Belas pada Rabu menyaksikan 10 kementerian melengkapkan penggulungan perbahasan mengenai Ucapan Dasar Kerajaan.

Kementerian tersebut ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar oleh menterinya Datuk Jahid Jahim,  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib serta  Kementerian Pembangunan, Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe.

Selain itu, Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai, Kementerian Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Kementerian Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Persidangan hari ketiga itu turut menyaksikan penggulungan ucapan Dasar Kerajaan Negeri daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Sidang hari ketiga ini ditangguh oleh Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya pada jam 7.44 malam.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama