![]() |
Hajiji pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini. |
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menentukan hala tuju kerjasama dalam politik sebelum Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) menjelang kelak.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata walaupun pihaknya adalah kerajaan yang menerajui pentadbiran negeri ketika ini namun pada masa sama tidak menutup pintu rundingan untuk tujuan jalinan kerjasama dalam politik.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengumumkan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah, baru-baru ini.
"Ya, itu Barisan Nasional punya pandangan. Kita kerajaan negeri pada hari ini. Jadi, itulah pendirian kita.
"Tetapi, untuk kebaikan negeri dan rakyat, kita tidak boleh menutup pintu rundingan, pintu perbincangan dengan parti-parti yang lain.
"Apa yang penting, ia memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri. Kita harus bersatu padu.. kita mesti mempunyai kestabilan politik untuk kebaikan kita semua. Itulah harapan saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hajiji yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah turut berkata pintu rundingan sentiasa terbuka asalkan memberi kebaikan kepada pihaknya dan rakyat.
"Ya, asal memberi kebaikan kepada kita. Tetapi jangan lupa, kadang-kadang ada orang yang cakap (kecaman) tetapi kita adalah kerajaan pada hari ini. Kita yang akan menentukan hala tuju kerajaan yang ada ini," katanya.