Mayat lelaki ditemui dalam longkang berdekatan Pusat Komersil Ba Zhong

Mayat lelaki ditemui dalam longkang sekitar jam 11.30 pagim hari ini. 


TAWAU : Orang ramai gempar apabila menjumpai mayat seorang lelaki dalam longkang berhampiran Pusat Komersil Ba Zhong, di sini, sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Mayat yang belum diketahui identitinya itu ditemui dalam keadaan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Mangsa memakai t-shirt dan seluar panjang berwarna hitam ketika ditemukan.

Tinjauan mendapati pihak polis memasang pita keselamatan bagi menghalang orang ramai daripada menghampiri lokasi kejadian selain untuk tujuan siasatan.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak polis.

Laporan penuh menyusul.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama