Kerjasama BN-PH Sabah hadapi PRN17 dijangka diputuskan malam ini

kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bakal dimuktamadkan malam ini. 


KOTA KINABALU: Perkara berkaitan kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dijangka bakal dimuktamadkan menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan diadakan, malam ini.

Memetik sumber MalaysiaKini, sumber dalaman UMNO menjelaskan selain perkara terbabit, perjanjian persefahaman (MoU) antara parti politik di negeri Sabah juga turut bakal dibincangkan dalam mesy

“Isu-isu tersebut akan dibentangkan (kepada kepimpinan UMNO). Kemudian kita akan bawa ke MKT MNO esok (hari ini) dan ia boleh dimuktamadkan dan diputuskan untuk wishlist semuanya.

"(Ia untuk) Putuskan kerjasama dan MoU bagi menghadapi PRN Sabah akan datang,” jelas sumber terbabit.

Mengulas lanjut, sumber terbabit memberitahu telah difahamkan pengenalan MoU terbabit adalah penting bagi mengelak sebarang tindakan sabotaj seperti lompat parti dalam kalangan calon dari parti gabungan yang memenangi PRN17 kelak.

Selain itu, isu pembahagian kerusi PRN Sabah juga bakal dibincangkan dalam mesyuarat yang dijangka bermula sekitar jam lapan malam ini.

Disamping itu, sumber turut memaklumkan mesyuarat malam ini juga dijangka akan turut membincangkan dengan lebih lanjut berhubung syor penubuhan sebuah sekretariat antara gabungan parti yang bersetuju untuk bekerjasama pada PRN nanti.

“Ini adalah antara hasrat utama untuk membentuk sebuah sekretariat yang akan menyelaraskan pengagihan kerusi bagi mengelakkan pertembungan dan memastikan satu barisan yang bersatu di Sabah,” katanya.

Semalam, dimaklumkan satu pertemuan antara pemimpin tertinggi UMNO Sabah telah diadakan, semalam.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bakal bergabung dengan PH Sabah bagi mendepani PPRN17 tahun ini.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama