![]() |
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika ditemui selepas pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Madani: Cakna Pendidikan Digital bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS). |
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM telah mengambil maklum mengenai perkara terbabit disamping mengesahkan satu pertemuan telah diadakan bersama semua pihak berkaitan bagi menyelesaikannya secara harmoni.
"Kita ambil maklum tentang berita tersebut dan saya ingin maklumkan bahawa isu tersebut telah diselesaikan dengan secara harmoni dan baik di semua peringkat.
"Jadi peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru, sekolah, ibu bapa dan keluarga (pelajar) telah pun menyelesaikan perkara ini dengan secara baik.
"Kita juga ambil maklum dan ambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini sehingga ia selesai. Jadi saya ingin maklumkan ia telah pun selesai secara baik dan Insya-Allah apa sahaja isu yang berbangkit, kita sentiasa ada ruang untuk berbincang dan untuk menilai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita seleas merasmikan Seminar Kepimpinan Madani: Cakna Pendidikan Digital bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.
Dalam pada itu, Fadhlina turut menegaskan pihaknya juga bersedia membuat siasatan susulan berkenaan perkara terbabit sekiranya terdapat isu dibangkitkan atau dakwaan lain yang berkaitan.
"Kalau ada dakwaan yang tidak betul dan sebagainya kita sedia untuk siasat dan JPN memberikan komitmen penuh kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.
Dalam perkembangan lain berkaitan isu tular itu, seorang individu dan aktivis dikenali sebagai Mukmin Nantang menerusi hantarannya di Facebook mendakwa atlet lelaki dibawah bimbingannya itu dituduh menaiki kenderaan ketika pertandingan berlangsung pada Sabtu lepas.
Beliau turut mendakwa pingat yang disampaikan di atas pentas secara rasmi kemudian dirampas tanpa sebarang sesi pembelaan atau proses siasatan formal.
Kemudian, pingat terbabit diberikan kepada peserta yangmendapat tempat ketiga.Setakat hari ini, hantaran itu telahmendapat sekitar 17,000 perkongsian.