ADUN Warisan bangkit isu pesakit tanpa dokumen gagal dapat rawatan di hospital

ADUN Sulabayan, Jaujan Sambakong. 

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong membangkitkan isu berkaitan pesakit tanpa dokumen yang gagal mendapat rawatan di sebuah hospital dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Beliau yang juga merupakan ADUN dari Parti Warisan (WARISAN) itu mendakwa perkara terbabit berlaku di Hospital Tawau.

Ini susulan ADUN Sri Tanjong, Justin Wong ketika berbahas mendakwa isu kesihatan di daerah Tawau yang berdepan dengan masalah berkaitan operasi dan perkhidmatan yang belum diselesaikan membabitkan fasiliti kesihatan.

Ini termasuk gesaan kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan campur tangan secara langsung dalam urusan kerajaan Persekutuan dalam aspek penyediaan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.

"Saya nak tanya YB Sri Tanjung minta pandangan baru ini berlaku di hospital Tawau seorang pesakit datang ke hospital, dia tidak ada dokumen.

"Oleh sebab tidak ada dokumen dia boleh dirawat dengan syarat dia kena membayar RM300, tidak ada kemampuan, ditolak, suruh balik, bila dia balik, akhirnya meninggal.

"Jadi apa cadangan kalau YB Sri Tanjong sebagai seorang yg bertanggungjawab di hospital berkenaan?" katanya.

Mengulas soalan tambahan tersebut, Justin turut bersetuju di mana menurutnya penduduk di pantai timur Sabah tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di hospital yang sepatutnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama