![]() |
Awang Kadin (tengah) dan Dexter (dua dari kiri) bergambar pada Majlis Pelancaran Jelajah Iftar 2025 - ihsan Jabatan Penerangan Sabah. |
KOTA KINABALU : Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah dan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) bekerjasama dalam menjayakan Jelajah Iftar 2025.
Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin berkata, Jelajah Iftar yang masuk tahun kedua itu mencerminkan usaha berterusan KTC dalam memastikan sumbangan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Beliau juga berharap dengan pelaksanaan program berkenaan, KTC dapat terus menjadi pemangkin dalam usaha kebajikan dan menjadi contoh kepada syarikat lain untuk turut menyumbang kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pelancaran Jelajah Iftar 2025 yang diadakan di sini, pada Isnin.
Jelajah yang meliputi 25 lokasi di seluruh Sabah itu bermula di Kudat pada 4 Mac 2025 dan berakhir di Papar pada 28 Mac 2025 dengan anggaran seramai 25,000 orang termasuk golongan asnaf, orang kurang upaya, ibu tunggal, anak yatim piatu dan golongan B40 menerima sumbangan wang saku raya dan bakul makanan manakala 850 kanak-kanak akan diraikan dan dibawa membeli-belah pakaian Raya di Pasaraya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.
( JABATAN PENERANGAN SABAH )