![]() |
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata bantuan khas terbabit melibatkan pembayaran RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri dan RM500 lagi sempena Pesta Kaamatan.
Menurutnya, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mensejahterakan penjawat awam negeri, selain menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam.
"Keputusan ini telah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah hari ini disamping pembayaran akan dibuat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.
"Kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan berharap bantuan khas ini akan menjadi suntikan semangat untuk terus berusaha lebih gigih dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cemerlang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.