Rumah Amal Kasih dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah terima sumbangan JKDM

Tun Musa (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Amal Kasih dan pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah.

KOTA KINABALU: Rumah Amal Kasih dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah masing-masing menerima sumbangan RM2,500 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dalam Majlis Berbuka Puasa Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan warga JKDM Zon Sabah Bersama beliau di Masjid Al-Abid Desa Kastam Sepanggar pada Isnin.

Turut disampaikan, sumbangan baju raya dan duit raya kepada anak-anak yatim serta pelajar dari kedua-dua badan tersebut.

Selepas berbuka puasa, Tun Musa berkesempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama-sama warga JKDM Zon Sabah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Jabatan kemajuan Islam Malaysia Negeri Sabah Datuk Norjeli Dais, Pegawai Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sabah Norali @ Ag Norali Ag Damit dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama