Padah curi wayar elektrik, dua remaja kena cekup

Dua remaja ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri wayar elektrik di sebuah kawasan perumahan di sini, petang kelmarin. Foto | Ihsan PDRM.


TAWAU : Dua remaja berusia belasan menerima padah apabila ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri wayar elektrik kawasan tepi Jalan Taman Home Luck, Jalan Kuhara, Tawau, petang kelmarin.

Dua remaja itu masing-masing berumur 12 dan 17 tahun sebelum itu didapati dalam keadaan mencurigakan membawa satu guni berisi wayar elektrik di kawasan berkenaan kira-kira jam petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua remaja itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek gagal memberikan keterangan berkenaan sejumlah wayar elektrik yang disyaki dicuri.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti sumber barang terbabit diperoleh dan menyeru orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan berkaitan kecurian infrastruktur awam bagi mengelakkan kerugian selain risiko keselamatan.

Tegasnya, Pdrm terus komited dalam membanteras jenayah dan dadah dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara.





Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama