Pemimpin, Komuniti ceriakan 60 kanak-kanak Wad Pediatrik

Rina ketika ditemui media.

TAWAU: Kerjasama erat pemimpin dan komuniti menceriakan 60 kanak-kanak wad pediatrik Hospital Tawau. 

Melalui Program Kemasyarakatan JIWA Komuniti Madani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Datuk Rina Jainal bersama komuniti Madani Kampung Muhibbah mengagihkan sumbangan duit raya serta cenderahati kepada kanak-kanak tersebut. 

Menurut Rina, hubungan erat antara pemimpin dengan komuniti mampu menyantuni lebih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik. 

"Hari ini saya bersama dengan Komuniti MADANI Kampung Muhibbah menyantuni 60 kanak-kanak di wad pediatric bagi memberikan sumbangan berupa duit raya dan goodies bagi memberi keceriaan dan kegembiraan kepada mereka. 

"Harapan saya agar kerjasama antara pemimpin dan masyarakat dapat dipererat dan diperluaskan lagi supaya lebih ramai lagi golongan yang kurang berkemampuan kita bantu," katanya ditemui media di sini.

Terdahulu, Rina bersama Komuniti MADANI Kampung Jawa Lanut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 individu kurang berkemampuan di sekitar kampung terbabit.

Antara yang menerima sumbangan berupa set persalinan baju raya ialah ibu kepada enam orang anak, Hasnah Achok, 39, dari Kampung Airport Lama. 

Beliau meluahkan rasa syukur kerana anak-anak dan suaminya dapat mengenakan baju raya lengkap syawal nanti.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama