Lori treler muat kayu balak musnah terbakar


TAWAU: Syarikat kayu balak mengalami kerugian selepas lori treler yang sarat membawa muatan kayu balak musnah terbakar di Kampung Serudung Jalan Kalabakan, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.53 petang.

Katanya, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi mendapati kejadian itu membabitkan sebuah lori treler yang sarat dengan muatan kayu balak telah musnah terbakar.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jemishin berkata, kebakaran itu telah dipadamkan oleh pemandu lori sendiri menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 4.47 petang tadi,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama