![]() |
Sinar Dapdah sewaktu ditemui wartawan SayangSabah di PPS dewan Banir |
Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila paras air meningkat dengan cepat, menyebabkan mereka hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan keperluan sahaja.
"Saya tengok-tengok, balik-balik keluar tengok, sampai sudah di lantai. Mana yang boleh kasi tinggi-tinggi, saya kasi tinggi-tinggi. Tempat tidur pun saya perhatikan, eh, mau sampai situ pula air. Saya keluar saja, tidak dapat sudah selamatkan barang-barang," katanya.
Tambahnya, kebanyakan perabot dan barangan rumah mereka sebelum ini sudah pun dibuang akibat banjir yang lebih tinggi sebelum ini.
![]() |
Simpang kampung Bakalau |
"Rumah kami tiada apa-apa lagi, hanya kain yang kami gantung. Perabot semua sudah kena buang sebab banjir dulu tinggi. Jadi, kali ini kami cuma fikir mahu selamatkan diri sahaja," jelasnya.
Banjir di Beaufort kali ini memasuki gelombang keempat sejak Monsun Timur Laut (MTL) melanda negeri ini sejak November tahun lalu. Hujan berterusan serta limpahan air dari daerah berdekatan seperti Keningau, Tambunan dan Tenom memburukkan lagi keadaan.
Setakat ini, lebih 1,200 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan pemantauan berterusan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan bersedia berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.