Angkara siapa, lebih 20 batu nisan dicabut

Antara batu nisan yang ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Bombalai Laut Kampung Sungai Imam.

TAWAU : Tular satu rakaman video memaparkan lebih 20 batu nisan ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Bombalai Laut, Kampung Sungai Imam, di sini, dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki yang melawat tanah perkuburan itu terkejut dan kecewa dengan perbuatan khianat yang dipercayai dilakukan secara sengaja.

Katanya, selain dicabut terdapat juga batu nisan yang dipecahkan manakala selebihnya dilonggokkan di satu kawasan.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui siapa yang melakukan perbuatan itu dan memohon kepada waris yang berkenaan supaya datang ke tanah perkuburan itu untuk membuat pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.37 pagi tadi.

"Siasatan masih dijalankan berkaitan kejadian ini," katanya.






Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama