NGO untuk komuniti pempengaruh Sabah bakal diwujudkan

Azrul bersama komuniti pempengaruh Sabah dalam Program Bicara Santai.


KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khusus untuk komuniti pempengaruh di negeri ini bakal diwujudkan.

Cadangan tersebut hasil percambahan idea serta aspirasi melibatkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah dengan komuniti pempengaruh Sabah dalam program Bicara Santai yang diadakan pada Khamis.

Pengarahnya, Azrul Ibrahim berkata pihaknya telah sebulat suara untuk mengambil langkah terbabit bagi memperkasakan lagi kebersamaan dalam kalangan komuniti pempengaruh di Sabah.

Sesi percambahan idea.

"Kami bersetuju untuk memperkasakan kebersamaan sesama komuniti pempengaruh Sabah dengan penubuhan NGO yang akan menjadi platform golongan tersebut berkomunikasi dan melaksanakan program-program berkaitan," katanya dalam satu pautan yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook rasminya.

Penubuhan NGO tersebut dilihat mampu mengangkat peranan golongan pempengaruh di Sabah.

Lebih 60 orang pempengaruh muda Sabah dari pelbagai bidang sekitar Kota Kinabalu berpeluang melontarkan pandangan dan aspirasi berkenaan pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam program tersebut.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama