![]() |
Foto ihsan Bomba |
KENINGAU – Sebuah rumah satu tingkat jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Kampung Kauran, Keningau, di sini hari ini.
Menurut Pegawai Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Julius John Stephen Jr, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 4:09 pagi.
Seramai sebelas anggota dari BBP keningau segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 4.18 pagi.
"Api telah memusnahkan 100 peratus rumah berkeluasan 40x50 kaki itu.
"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya dalam satu kenyataan.
Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air, sumber air diperoleh daripada jentera dan W.Tanker yang digunakan dalam operasi tersebut.
"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.04 pagi, manakala operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 7.06 pagi selepas memastikan tiada sebarang bahaya di lokasi kejadian," ujarnya.