Hujan berterusan kategori waspada landa Sabah hari ini

 Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan kategori waspada di Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (WASPADA) yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sabah hari ini. 

METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1.30 pagi itu memaklumkan keadaan itu berpotensi akan menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan. 

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah adalah di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Di samping itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori Waspada kepada negeri Sabah sehingga tengah malam, hari ini. 




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama