IJN Perluas CSR Ke Sabah

Chen (dua dari kanan) menerima cendera kenangan dari Tun Musa (tengah) - ihsan Jabatan Penerangan Sabah.
 

KOTA KINABALU: Institut Jantung Negara (IJN) akan memperluaskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat di negeri ini.

Pengerusi IJN Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata pihaknya akan membawa saringan kesihatan dan ceramah kesedaran tentang penjagaan kesihatan jantung.

"Ini adalah usaha berterusan kami untuk memberi maklumat kepada rakyat, terutamanya tentang potensi masalah kesihatan jantung.

"IJN juga telah memulakan fasa pertama pembangunan fasiliti baru di Kuala Lumpur dengan perancangan untuk membuka blok perubatan swasta yang lebih besar di fasa seterusnya.

"Masyarakat di Sabah boleh menjangkakan lebih banyak inisiatif serupa dalam waktu terdekat.

"Dengan segala perancangan ini, IJN berharap dapat memberikan lebih banyak akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyat Sabah, terutamanya dalam menangani isu-isu kesihatan jantung yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi kunjungan hormat ke atas Tuan Yang di- Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Kunjungan tersebut untuk memaklumkan aktiviti dan inisiatif IJN, serta isu-isu  berkaitan kesihatan jantung di negeri ini di samping memperkukuhkan kerjasama meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan jantung.


( JABATAN PENERANGAN SABAH )







Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama