Wanita ditahan curi kabel telekomunikasi di Penampang

Foto ihsan: Polis Penampang.


PENAMPANG: Polis Penampang berjaya menahan seorang wanita tempatan berumur 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel telekomunikasi di daerah ini awal pagi tadi.

Polis Penampang dalam satu kenyataan mengatakan suspek ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas ke arah sungai ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa. Bagaimanapun, tiga lagi rakan lelaki suspek berjaya meloloskan diri dan kini sedang diburu polis.

Beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut, termasuk kabel Telekom dan alat pemotong besi turut dirampas.

“Pihak Polis Penampang masih mengesan tiga orang lagi suspek yang masih bebas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Pihak Polis Penampang berkata, warga tempatan yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi atau salurkan maklumat kepada Balai Polis Penampang.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama