![]() |
Tun Musa (kanan) menerima cendera kenangan daripada Huang - ihsan Jabatan Penerangan Sabah |
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman akan menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina atau disebut juga Festival Musim Bunga, pada Khamis ini.
Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang berkata majlis tahunan yang dihoskan pihaknya itu menjangkakan kehadiran hampir 400 tetamu jemputan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Beliau memaklumkan demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.
Mengulas mengenai hubungan bilateral Malaysia khususnya Sabah dengan China, Huang berkata, usaha memperkasakan kerjasama dengan semua sektor untuk mempromosikan lebih banyak peluang pelaburan dan pelancongan di Sabah sedang giat dijalankan.
Menurutnya, setakat tahun lalu, seramai 450,000 pelancong China mengunjungi ke Sabah dan kini semakin banyak syarikat dari negara itu menari peluang untuk melabur di negeri ini.
( JABATAN PENERANGAN SABAH )