TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki disyaki ubah suai tangki minyak lori dan membawa 241 liter minyak diesel tanpa permit di sebuah stesen minyak di Jalan Kuhara, di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti cubaan menyeludup minyak diesel ke negara jiran.
Katanya, hasil serbuan di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki sedang mengisi minyak diesel di dalam sebuah lori.
“Pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut menemui dua tangki tambahan yang telah diubah suai di bahagian belakang lori berkenaan untuk menyimpan minyak diesel.
“Suspek juga gagal mengemukakan sebarang permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membawa diesel di dalam tangki tambahan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Mohd Nazri berkata, tangkapan dan rampasan itu kemudian di bawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan serta siasatan lanjut
Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dan minyak diesel berkenaan dianggarkan bernilai RM72,520.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.
“Orang awam dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan sekiranya didapati tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pelaku,” katanya.