Pelanggan luah rasa kecewa hotel di Sabah hanya guna papan tanda Bahasa Cina dan Korea

Dalam satu hantaran di aplikasi Thread, @zana_raiming berkaitan papan tanda yang hanya menggunakan Bahasa Cina dan Korea. 


KOTA KINABALU: Seorang pelanggan tempatan meluahkan rasa kecewa di media sosial berhubung pengalaman menginap di sebuah hotel di Kota Kinabalu yang hanya menyediakan papan tanda panduan arah dalam bahasa Cina dan Korea.

Dalam satu hantaran di aplikasi Thread, @zana_raiming menyatakan kesukarannya ketika mencari kolam renang di hotel tersebut akibat papan tanda yang tidak menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

"Apalah nak jadi dengan sabah tanah air ku. Jangan kan bahasa melayu, english pun tiada. As local sedih lah. Kita nak cari swimming pool di hotel ni, mengagau lah mencari tanya pekerja dia,” katanya.

Sementara itu, @zana_raiming menjelaskan bahawa ini adalah kali pertamanya menginap di hotel tersebut, dan beliau menghadapi kesukaran untuk mencari kolam renang disebabkan oleh ketidakfahaman terhadap papan tanda yang disediakan.

“Masa balik dari swimming pool baru perasan. Rupanya kolam renang turun tangga dah sampai cafe. Dari cafe terus ke swimming pool.

“Kitanya pergi ke sana hujung tingkat 1 turun tangga yang dekat kitchen hotel. Baru jumpa swimming pool.

“Maklumlah tak faham arahan dalam gambar. Kalau BM atau BI kita faham lah,” tambahnya.

Hantaran tersebut menjadi perbualan hangat di aplikasi Thread, terutama di kalangan rakyat Malaysia. 

Ramai meluahkan rasa kecewa kerana Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan tidak digunakan. 

“Tulis bahasa korea boleh, tapi mana bahasa melayu?,” komen kyloo_2521, pengguna aplikasi Thread.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama