Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam di Likas

 

Foto ihsan Bomba 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 43 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan aktiviti menangkap ketam di Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Jos Guasi, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.45 malam melalui talian MERS 999.

Sepasukan bomba dari BBP Lintas dengan kekuatan 10 anggota digegaskan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 10.52 malam.

"Mangsa terkena renjatan elektrik semasa aktiviti menangkap ketam berhampiran kawasan tersebut.

"Pasukan bomba mengambil langkah keselamatan dengan mengalihkan mangsa ke tempat selamat selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.50 tengah malam selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di kawasan tersebut.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama