Lelaki diburu polis disyaki pecah masuk rumah, curi kereta



 TAWAU: Polis sedang memburu seorang lelaki selepas disyki pecah masuk rumah dan mencuri sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Ravo di Taman Megah Jaya 9, di sini.

Kejadian itu berlaku minggu ini selepas pengadu mendapati pagar dan pintu rumah utama dalam keadaan terbuka sebelum melihat aksi suspek melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Isnin lepas.

“Laporan itu dibuat oleh seorang lelaki selepas mendapati kenderaan pacuan empat roda yang parkir di dalam kawasan rumahnya hilang selain rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Hasil siasatan awal mendapati rumah berkenaan telah ditinggalkan sejak 20 Disember lepas kerana tuan rumahnya pergi bercuti,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. 

Jasmin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta memaklumkan kepada pihak polis.

“Orang ramai boleh tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau atau menghubungi Asisten Superintendan Polis (ASP) Maliki Majuni di talian 013-8198121 atau 089-772121 bagi membantu siasatan,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama