![]() |
Pemandu berusia 22 tahun yang melarikan diri daripada hospital selepas terbabit kemalangan berjaya ditahan di Kampung Vietnam Tanjung Batu, 7 malam tadi. Foto | Ihsan PDRM. |
Terdahulu, lelaki terbabit mendapat rawatan selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan apabila kereta jenis Proton Gen-2 yang dipandunya bersama tiga penumpang hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bagaimanapun dia dikatakan melarikan diri semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau, sebelum
laporan dibuat pegawai perubatan bertugas pada jam 2 petang.
"Suspek dipercayai melarikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki lesen memandu dan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Suspek berjaya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diketuai Asisten Superintenden Joan Lee di Kampung Vietnam, Tanjung Batu, kira-kira jam 7 malam, hari sama," katanya menerusi kenyataan di sini, lewat malàm tadi.
Jasmin berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Immigresen 1959/63.