JIM Sabah usir PATI warga Pakistan, India ke negara asal

Foto ihsan: Jabatan Imigresen Sabah 

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang seramai tujuh warga Pakistan dan seorang warga India ke negara asal, semalam.

Menerusi kenyataan JIM Sabah di laman Facebook rasminya, penghantaran pulang itu menerusi Operasi Pemindahan Tahanan ke Negara Asal kategori usir melalui udara.

Katanya, semua tahanan lelaki berusia 19 hingga 37 tahun dari Depot Imigresen Sandakan dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Semua tahanan asing balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri selepas selesai menjalani proses perundangan di negara ini dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal,” katanya. 

Sementara itu, seramai 132 tahanan warga Filipina dihantar pulang bagi Operasi Pemindahan Tahanan ke Negara Asal Bilang 2 2025 melalui jeti ICQS Lahad Datu.

Katanya, semua Pendatang Asiang Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Imigresen Sandakan itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

“Tahahan terbabit terdiri daripada 73 lelaki, 20 wanita dewasa, 17 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.

“Semua tahanan kanak-kanak balik ke negara asal dengan diiringi oleh ibu dan bapa atau penjaga yang sah,” katanya.

Menurutnya, semua tahanan asing balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri dan kos pengangkutan feri adalah termasuk caj pengangkutan bas mulai daripada Sandakan Ke Lahad Datu.

“Ia berjumlah RM375 untuk penumpang dawasa manakala RM210 untuk penumpang kanak-kanak berusia lima ke 13 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama